PASTIKAN ANDA LOGIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM TAMBAH KE TROLI

FAQ

oleh Ana Muslim Admin Disiarkan di November 12, 2020
  1. Apa itu jualan Dropship?
    Jualan secara dropship adalah salah satu kaedah atau teknik jualan yang melibatkan tiga pihak iaitu ejen (anda), pembekal (AMniaga) dan pembeli (pelanggan anda). Anda sebagai ejen dropship hanya perlu mempromosikan dan memasarkan produk yang disimpan oleh AMniaga menerusi apa-apa platform yang menjadi keselesaan anda (media sosial/ blog/ vlog/ web/ shopee/ Lazada/ langsung/ dll). Apabila produk tersebut dipesan dan dibayar oleh pembeli (pelanggan anda), anda hanya perlu menghantar pesanan tersebut untuk diuruskan oleh AMniaga.

  2. Adakah ejen perlu menyimpan stok dan menguruskan penghantaran?
    Tidak perlu. Semua stok disimpan dan diuruskan 100% oleh pihak AMniaga. Proses penghantaran kepada pelanggan anda juga akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak AMniaga. Anda sebagai ejen dropship hanya perlu fokus untuk berjual sahaja.

  3. Berapakah jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan program dropship AMniaga?
    Anda hanya perlu membayar serendah RM20 ke RM30 sebagai yuran pendaftaran menjadi ejen dropship AMniaga.

  4. Adakah terdapat sebarang komitmen masa yang ditentukan secara khusus untuk menjalankan program dropship AMniaga?
    Tiada sebarang komitmen yang ditetapkan secara khusus, sebaliknya anda sebenarnya bebas menyusun dan merancang sendiri masa anda sebaik mungkin. Fleksibiliti ini sebenarnya merupakan salah satu ciri paling menarik bagi kebanyakan orang yang menyertai program jualan secara dropship.

  5. Bagaimana cara nak sertai program dropship AMniaga?
    Anda hanya perlu daftar akaun dropship secara atas talian di https://www.amniaga.com/daftar. Untuk mendaftar, ianya hanya semudah memasukkan nama, alamat e-mel dan nombor telefon sahaja. Kemudian, anda hanya perlu pilih pakej permulaan yang dikehendaki (BASIC atau PROFESSIONAL) dan buat bayaran yuran pendaftaran berdasarkan pakej yang dipilih.

  1. Bagaimana nak pastikan pendaftaran sebagai ejen telah berjaya?
    Selepas pendaftaran, kami akan memproses pendaftaran tersebut dalam tempoh 24 jam. Setelah pendaftaran anda berjaya diproses, kami akan menghantar e-mail yang akan mengandungi maklumat login dan password sementara untuk membolehkan anda mengakses platform rasmi ejen dropship AMniaga buat kali pertama. Anda kemudiannya hendaklah mengikuti arahan dan langkah-langkah seterusnya di laman web platform AMniaga.

  2. Pendaftaran saya telah berjaya. Apa langkah seterusnya?
    Tahniah, anda sudah boleh memulakan perniagaan dropship anda! Layari shop.amniaga.com dan kenal pasti produk yang ingin anda promosikan. Muat turun gambar-gambar produk tersebut, copy maklumat produk yang disediakan, dan bolehlah mula mempromosikan di Facebook, Whatsapp, atau apa-apa kaedah mengikut kreativiti anda.

  3. Saya tidak ada pengalaman berniaga dan langsung tiada idea untuk mempromosikan produk. Adakah pihak AMniaga ada menyediakan sebarang skim latihan atau sistem sokongan ejen?                  Tidak perlu risau jika tiada pengalaman dan pengetahuan untuk berjual. Kami ada menyediakan pelbagai ebook atau bahan bacaan berkenaan asas dan teknik pemasaran untuk rujukan anda. Kami juga ada menyediakan contoh-contoh post Facebook/ Whatsapp yang boleh digunakan terus (copy paste) atau diubahsuai mengikut kreativiti anda sendiri. Anda juga digalakkan menyertai channel Telegram/ group Whatsapp/ Facebook page program dropship AMniaga sebagai medium untuk mendapatkan sokongan serta bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan ejen yang lain.

  4. Adakah AMniaga membenarkan ejen dropship memasarkan produk di platform e-commerce seperti Shopee dan Lazada?
    Sudah tentu! AMniaga menggalakkan setiap ejen untuk mempelbagaikan medium penjualan termasuklah di platform-platform seperti Shopee dan Lazada. Pun begitu, setiap ejen dinasihati agar sentiasa mematuhi terma, syarat, serta garis panduan yang ditetapkan.

  5. Bagaimanakah kaedah menghantar pesanan kepada AMniaga?
    Buat masa ini, terdapat satu sahaja kaedah yang diterima iaitu menerusi platform e-commerce shop.amniaga.com. Hanya ejen yang sah dan berdaftar sahaja yang boleh mengakses platform tersebut kerana username dan password diperlukan untuk login. Di dalam platform tersebut, ejen hanya perlu memesan produk yang telah dipesan oleh pelanggan, memasukkan nama dan alamat penerima (pelanggan anda), memilih perkhidmatan courier yang diinginkan, dan seterusnya membuat bayaran secara online (harga ejen) bagi melengkapkan proses pesanan.

  6. Bolehkah saya membuat pesanan tanpa melalui platform AMniaga?
    Harap maaf, buat masa ini hanya pesanan melalui platform AMniaga sahaja yang digunakan untuk program dropship ini. Kaedah-kaedah lain seperti menerusi e-mel, Whatsapp, SMS, atau pun lisan tidak diterima.

  7. Apakah kaedah bayaran yang diterima?
    Buat masa ini, anda boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit/ debit (VISA & MASTERCARD) atau perbankan online (semua bank utama tempatan).

  1. Apakah pilihan syarikat perkhidmatan courier yang ada?
    Anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan courier oleh Poslaju, J&T, DHL atau Ninjavan sahaja buat masa ini. Kami akan menambah pilihan ini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat permintaan yang mencukupi.

  2. Bagaimanakah cara kiraan kos penghantaran (courier)?
    Anda hanya perlu pilih dahulu (add to cart) produk yang ingin dipesan di dalam web AMniaga, dan klik butang checkout. Masukkan maklumat penghantaran yang diperlukan serta pilih syarikat courier yang dikehendaki. Berdasarkan pilihan yang dibuat, jumlah kos penghantaran akan terus dipaparkan sebelum membuat sebarang pembayaran.

  3. Adakah AMniaga menyediakan perkhidmatan cash-on-delivery (COD)? Tidak.

  4. Adakah AMniaga menawarkan pilihan self-collect?
    Ya. Anda/ pelanggan anda boleh memilih untuk mengambil sendiri pesanan daripada pusat pemprosesan AMniaga yang berada di Desa Melawati, Kuala Lumpur (tertakluk kepada waktu operasi).

  5. Bagaimanakah saya hendak mengetahui bahawa pesanan saya telah berjaya dan diterima oleh pihak AMniaga?Sekiranya pesanan anda telah berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan yang akan menyenaraikan secara jelas dan lengkap berkenaan pesanan anda (maklumat penerima, maklumat pesanan, dsb).

  6. Bagaimanakah saya hendak mengetahui bahawa pesanan saya telah diproses dan dipos oleh pihak AMniaga?  Anda boleh memeriksa status pesanan anda di dalam platform AMniaga. Sistem akan mengemas kini status semasa setiap pesanan dari awal proses (packing) hinggalah selesai proses (delivered). Anda juga boleh menggunakan tracking number yang dibekalkan untuk menyemak status penghantaran oleh syarikat perkhidmatan courier.

  7. Bagaimana hendak menggunakan tracking number yang diberikan?
    Sila rujuk panduan mengikut syarikat perkhidmatan courier yang digunakan: DHL, Poslaju, J&T, Ninjavan.

  8. Pesanan telah diproses dan dipos oleh pihak AMniaga, namun berlaku masalah kelewatan penghantaran di pihak courier. Apa perlu saya buat?
    Apabila parcel telah diserahkan kepada pihak courier untuk tujuan penghantaran, perkara- perkara yang mempengaruhi kecepatan atau kelewatan tempoh penghantaran sebenarnya telah berada di luar kawalan AMniaga. Pun begitu, pihak kami komited untuk sentiasa bersedia menawarkan bantuan dan bekerjasama dengan ejen agar sebarang permasalahan dapat ditangani dengan baik. Kami juga proaktif dan sentiasa peka terhadap prestasi syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan logistik dari semasa ke semasa.

  1. Bilakah produk yang kehabisan stok akan ditambah semula?
    Agak sukar untuk menentukan tempoh kemasukan semula produk yang kehabisan stok dengan tepat, kerana ianya bergantung kepada kadar pengeluaran semasa pengilang atau pembekal kami.

  2. Pelanggan saya memerlukan resit. Bolehkah pihak AMniaga mengeluarkan resit kepada pelanggan saya?
    Pelanggan kepada ejen tidak melakukan transaksi secara langsung dengan AMniaga, jadi kami tidak boleh mengeluarkan sebarang resit kepada pelanggan ejen. Untuk itu, anda perlulah mengeluarkan sendiri resit kepada pelanggan anda sekiranya diminta. Bagi memudahkan anda, sila gunakan template resit ini, dan isikan dengan maklumat yang berkaitan.

  3. Apakah faedah yang ditawarkan sekiranya saya berjaya mengajak kenalan lain untuk menyertai program dropship AMniaga?
    Untuk setiap ejen baru yang berdaftar menerusi anda, kami akan membayar komisen rujukan sebanyak RM10 kepada anda.  

KEMBALI KE ATAS
Promo box

Seseorang telah membeli

Product name

info info