PASTIKAN ANDA LOGIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM TAMBAH KE TROLI

Masalah Order

oleh Ana Muslim Admin Disiarkan di November 12, 2020

PROSEDUR PENGENDALIAN MASALAH

  1. Sekiranya anda mendapat aduan masalah daripada pelanggan berkaitan:

    • Kerosakan pada produk yang diterima, atau
    • Kesilapan pada produk yang diterima, atau
    • Kuantiti yang diterima tidak mencukupi, atau
    • Produk yang diterima tidak berada dalam kondisi yang sempurna, atau
    • Sebarang masalah berkaitan kualiti, pertama sekali anda haruslah mendapatkan maklumat/ dokumen yang diperlukan dengan seberapa lengkap yang boleh daripada pelanggan.                                                                               
  2. Emelkan aduan tersebut kepada kami di customers@amniaga.com dengan tajuk:                                               MASALAH ORDER XXX (Gantikan XXX dengan nombor pesanan yang terlibat)

  3. Di dalam emel tersebut, sila nyatakan dengan jelas mengenai masalah yang dihadapi.

  4. Lampirkan gambar order yang diterima, terutama untuk aduan yang melibatkan isu berkaitan produk rosak/ kualiti/ order salah/ dsb.

  5. Pihak AMniaga akan menghubungi anda untuk tindakan selanjutnya.

  6. *Setiap aduan masalah berkenaan pesanan hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari dari order diterima.

POLISI BUKU ROSAK

1. Untuk produk buku, kami akan menggantikan secara one-to-one tanpa sebarang caj tambahan, sekiranya buku dipercayai rosak bukan berpunca daripada pihak pelanggan sendiri. Kerosakan yang biasanya diterima adalah seperti berikut:

  • Masalah berkaitan manufacturing defects (kecacatan pembuatan) seperti kualiti cetakan, hilang muka surat, helaian tertanggal, turutan mukasurat bertukar, dan sebagainya.

  • Buku rosak secara fizikal akibat kecuaian pengendalian pihak courier seperti buku kemek, kesan tekanan pada buku, kulit atau sebahagian buku terlipat, dan sebagainya.

  1. Seperti yang dinyatakan, gantian buku baru tidak melibatkan sebarang kos tambahan. Segala kos penghantaran semula buku baru adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak AMniaga.

  2. Pelanggan berhak untuk menolak gantian secara one-to-one, dengan syarat buku rosak dipulangkan semula. Pihak AMniaga akan melakukan pemeriksaan sebelum memutuskan samada refund layak diberikan.

  3. Pemulangan semula buku rosak kepada pihak AMniaga adalah tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan oleh AMniaga. Sekiranya AMniaga memerlukan buku rosak tersebut dipulangkan semula, kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak AMniaga.

KEMBALI KE ATAS
Promo box

Seseorang telah membeli

Product name

info info