PASTIKAN ANDA LOGIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM TAMBAH KE TROLI

Terma & Syarat

oleh Ana Muslim Admin Disiarkan di November 12, 2020
  1. AKUAN KESAHIHAN & PENDAFTARAN

    1.1.  EJEN mengakui bahawa setiap maklumat dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang diberikan bagi tujuan menentukan terma dan syarat pembekalan barangan adalah benar dan lengkap.

    1.2.  Setiap ejen dropship perlu mendaftar dan membuat bayaran yuran terlebih dahulu sebelum akaun boleh diaktifkan.

  2. HAK-HAK PEMBEKALAN DAN PENGEDARAN

    2.1. Tertakluk kepada semua terma dan syarat berkaitan program dropship AMniaga, AMniaga bersetuju untuk membekalkan barangan kepada EJEN untuk tujuan penjualan semula secara dropship/ pembekalan langsung tanpa pegangan stok.

    2.2.  AMniaga sama sekali tidak melantik EJEN sebagai wakil rasmi kepadanya. EJEN tidak berhak untuk mewakili atau menggunakan nama AMniaga di dalam apa jua urusan, melainkan dengan kebenaran bertulis.

    2.3.  EJEN dibenarkan untuk mengguna pakai aset digital berbentuk audio dan visual yang dibekalkan AMniaga, semata-mata untuk tujuan jualan dan pemasaran berkaitan produk tersebut sahaja. Modifikasi yang dibuat secara minima dan tidak berlebihan adalah dibenarkan.

    2.4.  AMniaga tidak akan bertanggung jawab ke atas apa-apa kerugian, tuntutan kos, pinjaman, tanggungan, hutang atau tindakan undang-undang yang dikenakan oleh mana-mana pihak ke atas EJEN.

    2.5.  AMniaga berhak untuk menamatkan urusan pembekalan barangan pada bila-bila masa tanpa perlu memberikan apa-apa alasan kepada EJEN.

  3. TERMA PERNIAGAAN

    3.1.  AMniaga berhak meminda kadar diskaun pada bila-bila masa mengikut keperluan & promosi tertentu.

    3.2.  EJEN diberi kebebasan untuk meletakkan harga tertentu untuk produk yang dibekalkan asalkan ianya tidak melebihi harga jualan yang tertera pada produk (sekiranya ada) dan tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

    3.3.  EJEN dibenarkan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan apa sahaja medium jualan, promosi dan pemasaran yang ada samada secara online atau offline. 

    3.4.  EJEN haruslah komited dengan program ini dengan melakukan aktiviti promosi secara berterusan.

    3.5.  Untung atas caj penghantaran adalah dibenarkan.

  4. PESANAN DAN PENGHANTARAN

    4.1.  Setiap pesanan hendaklah dibuat secara online iaitu dengan menggunakan platform shop.amniaga.com. Sebarang pesanan secara emel/ Whatsapp/ lisan/ telefon/ dll adalah tidak dibenarkan.

    4.2.  Kos penghantaran perlu ditanggung oleh EJEN pada kadar yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan logistik kecuali jika ada promosi tertentu oleh AMniaga.

    4.3.  Penghantaran pesanan hanya akan dibuat selepas EJEN membuat pembayaran keseluruhan untuk pesanan. AMniaga akan bertanggungjawab untuk memproses pesanan tersebut dalam kadar segera dan membekalkan tracking number kepada EJEN.

    4.4.  AMniaga tidak akan menanggung apa-apa kos yang timbul sekiranya penghantaran pesanan mempunyai masalah yang berpunca dari kesilapan EJEN.

    4.5.  AMniaga hanya akan menanggung kos yang timbul sekiranya:

            4.5.1.  Produk yang dihantar didapati telah rosak (rosak luaran atau dalaman)

            4.5.2.  Produk yang dihantar mempunyai kesilapan dari segi kuantiti, tajuk, dan                             seumpamanya
            4.5.3.  Apa-apa isu yang disebabkan oleh kecuaian daripada AMniaga sendiri.

    4.6. Bagi kes pembatalan pesanan, EJEN perlu memaklumkan kepada AMniaga sebelum pesanan diproses dan dihantar. Pembatalan yang dibuat selepas pesanan diproses dan dihantar tidak akan dilayan.

    4.7.  Untuk penghantaran ke luar negara, EJEN diminta mendapatkan pengesahan dan kadar caj penghantaran daripada pihak AMniaga terlebih dahulu sebelum menerima bayaran pelanggan.

    4.8.  AMniaga berhak untuk tidak memproses pesanan EJEN atas sebab-sebab seperti kehabisan stok atau produk telah ditamatkan pengeluaran.

  5. KUALITI LAYANAN DAN HUBUNGAN PELANGGAN

    5.1.  EJEN digalakkan membuat pesanan dengan segera sebaik sahaja menerima pesanan dan pembayaran daripada pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pelanggan dan nama baik AMniaga.

    5.2.  EJEN perlu menguruskan sendiri hal-hal berkaitan khidmat pelanggan dan hanya memanjangkan apa-apa isu yang berkaitan kepada pihak AMniaga berkenaan hal-hal yang berada di luar bidang kuasa EJEN sahaja.

    5.3.  EJEN dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai penipuan atau manipulasi. AMniaga tidak akan bertangungjawab atau tidak boleh dipertangungjawabkan atas apa-apa isu yang boleh ditafsirkan sebagai cubaan melakukan aktiviti jenayah menggunakan/ melibatkan AMniaga.

  6. PEMBAYARAN

    6.1. Untuk membuat pembayaran, sila lakukan pembayaran tepat dengan nilai yang tertera pada invois. Baki tidak akan dipulangkan bagi sebarang lebihan bayaran, sebaliknya akan direkodkan sebagai kredit sahaja.

KEMBALI KE ATAS
Promo box

Seseorang telah membeli

Product name

info info