PASTIKAN ANDA LOGIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM TAMBAH KE TROLI

Panduan Shopee Delivery

oleh Ana Muslim Admin Disiarkan di November 12, 2020

SYARAT DAN GARIS PANDUAN PROSES PENGHANTARAN ORDER SHOPEE

  1. Ejen perlulah berdaftar sendiri dengan Shopee sebagai seller.

  2. Untuk penghantaran parcel Shopee melalui khidmat AMniaga, anda perlu memilih pilihan “Shopee Delivery” di bahagian Shipping Options semasa proses Checkout di platform shop.amniaga.com.

  3. Semasa menghantar pesanan order Shopee di platform shop.amniaga.com, anda tidak perlu memasukkan sekali lagi pilihan syarikat courier, kerana pilihan tersebut telah dibuat di dalam platform Shopee. Pilihan syarikat courier akan tertera secara automatik di dalam Airway Bill (AWB) yang diperolehi daripada platform Shopee.

  4. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan untuk penghantaran parcel Shopee.

  5. Ejen diminta melampirkan Airway Bill (AWB) yang diperolehi daripada platform Shopee kepada pihak AMniaga, supaya pesanan tersebut boleh diuruskan untuk proses penghantaran oleh pihak courier yang telah dipilih oleh pelanggan.

  1. Airway Bill (AWB) hendaklah dilampirkan dalam fail berformat PDF. Sebarang lampiran daripada tangkapan kamera atau apa-apa format fail imej yang kabur tidak akan diterima.

  2. Ejen perlu memastikan agar semua maklumat yang tertera pada Airway Bill (AWB) adalah tepat. Pihak AMniaga tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang pertambahan kos atau kerugian yang diakibatkan oleh kesilapan maklumat yang tertera di dalam AWB. Ini kerana pihak AMniaga hanya boleh menggunakan fail AWB yang diterima daripada ejen tanpa sebarang modifikasi.

  3. Sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan parcel Shopee yang dikirim, anda perlu berhubung sendiri dengan pihak syarikat courier yang berkenaan untuk membuat sebarang aduan atau mendapatkan penjelasan.

KEMBALI KE ATAS
Promo box

Seseorang telah membeli

Product name

info info