PASTIKAN ANDA LOGIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM TAMBAH KE TROLI

Tatacara permohonan mendapatkan produk (Product Request)

oleh Ana Muslim Admin Disiarkan di November 12, 2020

Di AMniaga, kami sentiasa berusaha mendapatkan produk-produk yang sedang laku keras di pasaran agar para ejen dropship AMniaga tidak ketinggalan untuk merebut peluang yang ada. Pun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapatnya kemungkinan produk yang dikehendaki oleh pelanggan anda tersebut belum terdapat di dalam sistem inventori AMniaga. Untuk itu, kami sentiasa terbuka menerima cadangan atau permintaan daripada para ejen agar kami berusaha mendapatkan produk-produk tertentu daripada pasaran. 

Berikut merupakan garis panduan ringkas mengenai tatacara permohonan membuat product request:

  1. Ejen perlu mengakses sistem database Product Request AMniaga di sini.

  2. Isikan butiran maklumat produk yang ingin dicadangkan selengkap yang mungkin. Maklumat yang lengkap pastinya akan lebih memudahkan kami untuk mendapatkan produk tersebut. Sebaliknya, maklumat yang tidak lengkap, tepat dan mencukupi pastinya akan menyukarkan kami.

  3. Klik butang hantar dan beri masa antara 1 ke 4 minggu bagi kami untuk membuat proses perolehan produk tersebut.

  4. Anda boleh mengakses sistem database Product Request AMniaga dari semasa ke semasa untuk menyemak status permohonan anda. Unit perolehan kami akan memasukkan maklumat terkini berkenaan proses perolehan produk setiap kali terdapat perkembangan yang berkaitan.

  5. Sistem kami akan menghantar emel notifikasi kepada anda sejurus sahaja stok produk yang dipohon tersebut telah terdapat di dalam platform shop.amniaga.com.

  6. Sistem kami juga akan memaklumkan anda melalui emel sekiranya proses perolehan bagi produk tersebut tidak berjaya.

KEMBALI KE ATAS
Promo box

Seseorang telah membeli

Product name

info info