PASTIKAN ANDA LOGIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM TAMBAH KE TROLI

Panduan menggunakan e-katalog

oleh Ana Muslim Admin Disiarkan di November 12, 2020

MENGENAI E-KATALOG DAN KEGUNAANNYA

  1. AMniaga menyediakan e-katalog atau katalog digital yang dapat dimanfaatkan sebagai kegunaan dan keperluan aktiviti promosi ejen dropship.

  2. E-katalog ini akan menyenaraikan semua produk yang terdapat di dalam platform AMniaga.

  3. E-katalog AMniaga membolehkan pelanggan anda untuk melihat-lihat sendiri pilihan produk yang ditawarkan. Antara maklumat yang dapat dilihat oleh pelanggan anda ialah:

 

PANDUAN PENGGUNAAN E-KATALOG

  1. Pelanggan tidak dikehendaki berdaftar atau memasukkan apa-apa username dan password untuk mengakses e-katalog AMniaga. Anda hanya perlu berkongsi link e-katalog AMniaga iaitu product.amniaga.com.
  2. Platform e-katalog AMniaga membolehkan pelanggan anda untuk memilih terus produk- produk yang diinginkan dengan menekan butang Add to Cart.

  3. Setelah berpuas hati dengan produk-produk yang telah dipilih, pelanggan boleh menekan butang Confirm Order untuk menghantar pesanan. Pelanggan juga digalakkan memasukkan terus maklumat penghantaran dan pilihan courier.

  4. Page Confirm Order akan menyenaraikan maklumat pesanan secara lengkap. Setelah memastikan ketepatan maklumat, pelanggan hanya perlu mengisi bahagian maklumat emel ejen, dan tekan butang Submit Order sebagai step yang terakhir.

  5. Setelah pesanan dihantar oleh pelanggan anda (Submit Order), anda akan terus menerima emel yang mengandungi maklumat terperinci pesanan pelanggan anda. Anda seterusnya perlu mengakses platform shop.amniaga.com untuk melakukan proses pesanan berdasarkan maklumat yang diperolehi, seperti biasa.

ADAKAH PELANGGAN DAPAT MELIHAT PROMOSI ATAU PAKEJ KHAS UNTUK EJEN?

Jangan risau. Sistem e-katalog AMniaga tidak akan memaparkan sebarang bentuk promosi termasuklah harga diskaun atau pakej untuk mana-mana produk. Kami juga tidak akan memaparkan sebarang maklumat berkenaan pengeluar/ penerbit produk.

ADAKAH PELANGGAN DAPAT MEMBUAT BAYARAN TERUS KEPADA AMNIAGA?

Tidak boleh. Platform e-katalog AMniaga direka tanpa sebarang kemudahan membuat transaksi jual beli. Pelanggan hanya boleh memilih pilihan Submit Order iaitu sekadar menghantar maklumat pesanan kepada emel anda.

BAGAIMANA JIKA PELANGGAN SAYA TIDAK MAHU MEMILIH MENGGUNAKAN FUNGSI SUBMIT ORDER

Walaupun pelanggan amat digalakkan menggunakan fungsi Submit Order, kami tidak mewajibkan sedemikian. Anda dan pelanggan anda bebas menentukan penggunaan e-katalog serta kaedah merekodkan pesanan mengikut keselesaan dan keperluan.

APA PERLU BUAT JIKA TERDAPAT KESILAPAN/ BERUBAH FIKIRAN SETELAH SUBMIT ORDER MENERUSI E-KATALOG

  1. Sekiranya pelanggan anda mendapati terdapatnya kesilapan pada butiran pesanan yang telah dihantar kepada anda (submit order), atau ingin menukar fikiran/ pilihan yang telah dibuat, anda boleh meminta pelanggan anda untuk memaklumkannya kepada anda secepat mungkin.

  2. Sekiranya anda belum lagi membuat pesanan tersebut di platform shop.amniaga.com, anda boleh mengabaikan sahaja order tersebut, dan meminta pelanggan anda untuk membuat pesanan yang baru di platform e-katalog AMniaga.

  3. Sekiranya anda telah pun membuat pesanan tersebut di platform shop.amniaga.com, maka sila rujuk panduan dan polisi berkenaan pembatalan order AMniaga di sini.

KEMBALI KE ATAS
Promo box

Seseorang telah membeli

Product name

info info