Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
SIRI KEMBARA MIA & KIA - RAHSIA TEROWONG PALEK BANG
Meskipun lahir dari perut ibu yang sama, namun bagi pasangan kembar Mia dan Kia, mereka memiliki karakter yang berlainan. Mia seorang anak yang manja tetapi agresif, manakala Kia pula lemah-lembut dan ‘cool’. Mia sering terburu-buru dalam membuat keputusan berlainan dengan pasangannya; Kia. Kia lebih matang dan berhati-hati sebelum bertindak. Kombinasi karakter yang berlainan ini menjadikan konflik yang dihadapi dapat diatasi meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai misteri.
Rahsia Terowong Palek Bang
Berpandukan cahaya malap daripada telefon bimbit Kia, mereka mula melangkah ke dalam lorong tersebut. Setelah berjalan beberapa meter ke hadapan, mereka terdengar sesuatu. Bunyi menderam yang mereka terdengar semalam.
“Alamak!” kata Durrah, ketakutan.
“Bunyi tu lagi!”
“Yalah! Apa yang kita nak buat sekarang? Kita patut patah balik ke?” soal Mia.
“Nanti dulu! Kita selidik dulu dari mana datangnya bunyi tu,” arah Kia.
Mereka meneruskan perjalanan. Hati masing-masing sudah berdebar-debar. Apa yang bakal mereka jumpa nanti? Pada waktu yang sama, hidung mereka terhidu bau busuk.
“Ish, bau apa ni?"
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli