Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
SIRI NOVEL ANA SOLEHAH - TERBANG TINGGI-TINGGI
Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada di dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (Hud: 5)
*******
“Percuma ke atau kena bayar?” tanya Ana untuk kepastian. Kalau berbayar, sudah tentulah dia tidak mempunyai wang. Mimi juga begitu.
“Percuma je...” jawab Ibrahim. Lega hati Ana tatkala mendengar jawapan itu. “Apa tunggu lagi, Im? Pergilah daftarkan nama kita. Kalau terlambat nanti, pendaftaran ditutup pula,” kata Ana, menggesa Ibrahim untuk mendaftar nama mereka untuk menyertai pertandingan layang-layang itu. Ibrahim terdiam sambil menggaru kepalanya.
“Kak Ana tak nak tanya ibu dulu ke?” Soalan itu membuatkan Ana sedikit tersentak.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli