Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
SIRI BACAAN ANA MUSLIM - 10 BUAH-BUAHAN KEGEMARAN NABI
"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; Kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui." (al-Baqarah: 22)
Salah satu nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada makhluk-Nya ialah buah-buahan dan pastinya kita berhak untuk menikmatinya. Seperti yang diketahui umum, buah-buahan membekalkan khasiat tertentu untuk kebaikan dan kesihatan.
Melalui pelbagai penyelidikan sains, kita juga dapat mengetahui bahawa di sebalik kajian-kajian itu terhimpun 1001 rahsia dan ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada manusia sejagat.
Buku ini menampilkan 10 jenis buah-buahan yang menjadi pilihan Rasulullah SAW. Mengapakah buah-buahan ini menjadi pilihan baginda? Apakah keistimewaan buah-buahan ini? Apakah kelebihan yang tersembunyi di sebalik pemilihan buah-buahan ini dalam Al-Quran dan hadis nabi?
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli