Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Format: Hard Cover + Glitter
Jumlah Muka Surat : 80
Warna : 4 warna
Bahasa : Bahasa Melayu
Penulis : Panel penulis Ana Muslim
Sesuai untuk 7-10 tahun
Akhlak/moral, agama, motivasi dan ilustrasi
SIRI BACAAN ANA MUSLIM - SAYANG-SAYANG NABI 3 (EDISI KEDUA)
Adik-adik, tahukah adik-adik mengapakah Rasulullah SAW diberi nama Muhammad? Muhammad diambil daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud terpuji. Sangat sesuai dengan nama baginda kerana baginda mempunyai akhlak yang sangat terpuji. Sesiapa sahaja yang mengenali baginda pasti akan tertawan dan jatuh hati disebabkan akhlak mulia yang ditonjolkan oleh baginda.
Buku ini mengisahkan tentang akhlak dan tingkah laku Nabi Muhammad SAW. Setiap kisah akan dipersembahkan dengan gaya bahasa yang mudah serta ilustrasi-ilustrasi yang menarik agar dapat membantu kefahaman adik-adik. Buku ini turut memaparkan tentang corak kehidupan sebenar yang dilalui sepanjang hidup baginda SAW. Melalui buku ini, adik-adik dapat melihat betapa mulianya akhlak seorang nabi yang mesti kita contohi dan teladani. Bagindalah idola yang mesti kita ikuti dalam gerak kita sebagai hamba Allah SWT.
Buku ini juga membuktikan bahawa kejayaan umat Islam pada hari in bukanlah kerana pedang, ataupun kerana peperangan, tetapi disebabkan akhlak mulia yang ditonjolkan oleh baginda sehingga mampu menyingkir segala keburukan dan seterusnya menyebabkan ramai orang terbuka dan jatuh hati terhadap agama Islam.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli