Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Tajuk: Goodbye Sedih dan Kecewa
ISBN: 978-967-481-638-4
Penerbit: Puteh Press
Penulis: Ririn Rahayu
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 415
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.404 kg
Dimensi (cm): 19.3 x 13.5 x 2
Hidup memang perpindahan daripada satu masalah ke masalah yang lain. Apabila lulus satu ujian, kita akan berdepan dengan ujian seterusnya. Begitulah selanjutnya. Maka, sebagai Muslimah, kita sepatutnya memiliki pertahanan diri yang kuat terhadap serangan masalah. Sekiranya tidak, kita akan terumbang-ambing sehinggakan tidak lagi dapat merasakan indahnya kehidupan.
Kekuatan ini pula akan membentuk jati diri seorang Muslimah. Si Fulanah yang pantang berputus asa, Si Halimah yang sayang kepada mentua, Si Inayah yang memelihara alam sekitar, Si Shireen yang mampu mendidik anak-anaknya menjadi soleh dan solehah, Si Walidah yang disayangi jiran tetangga, dan lain-lain lagi. Bukan sebaliknya, seorang Muslimah yang berperangai buruk, mudah tersinggung, perosak rumah tangga, mencabar suami, tidak menghormati orang tua, dan sebagainya. Nauzubillah.
Tidak mudah untuk menjadi Muslimah cekal yang mampu menguruskan semua masalah dengan sempurna. Kadangkala kita sebagai manusia biasa berasa penat, sesak, keliru, dan mungkin bosan. Kadangkala hati kita dirundung sepi sehingga tidak mampu melihat jalan keluar dengan lebih jelas.
Isi kandungan:
Masalah dengan Diri Sendiri
Kita Adalah Sebaik-Baik Penciptaan
Mengapa Tidak Mencintai Diri Sendiri?
Ada Kelebihan Di Sebalik Kelemahan
Diri Kamu Adalah Cahaya
Menjaga Kecantikan Kulit Ala Saidatina Aisyah r.a.
Mari Bersenam, Jangan Terperuk!
Antara Malas dan Cergas
Jangan Takut Berimpian
Di Mana Potensi Aku?
Membina Keyakinan Diri
Berbakti Tiada Had Usia
Menjauhi Penyakit Hati
Syarii vs Trend
Antara Tabaruj dan Suami
Bimbang Terhadap Masa Hadapan
Pujian ataupun Kritikan adalah Ujian
Panggilan Telefon ataupun Ilahi?
Mari Menjadi Influencer Berkaliber
Masalah dengan Suami
Kedudukan Suami dan Isteri dalam Keluarga
Perbezaan Pasti Ada
Menerima Seadanya Adalah Solusi
Adakah Lebih Bahagia Sekiranya Bercerai?
Pilih Aku ataupun Ibumu?
Nafkah yang Kurang
Suamiku Berpenyakit
Suamiku Tidak Ambil Peduli
Perampas
Hubungan Intim yang Menyeksakan
Anak yang Didambakan
Komunikasi yang Kaku
Suami Tidak Tampan
Pembahagian Tugas
Emosi Tidak Terkawal
Leka Dengan Gajet
Cemburu Buta
Gaji Isteri Lebih Tinggi
Masalah dengan Anak
Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anak
Berjaya Dunia vs Berjaya Akhirat
Gajet yang Membelenggu
Keinginan Anak vs Kehendak Ibu Bapa
Apabila Anak Sudah Akil Baligh
Anak Bercinta, Apa Perlu Dilakukan?
Waktu Pertemuan yang Kurang
Anak Tidak Cemerlang, Salah Siapa?
Kitaran Syaitan; Marah, Menyesal, Marah Lagi
Merokok? Oh, No!
Bila Anak Perlu Mula Solat?
Sekolah Pondok? Kasihannya!
Membuli ataupun Mangsa Buli?
Masalah dengan Jiran
Jiran, Pentingkah Mereka?
Jiran Tanpa Empati
Aku Iri Hati!
Bahaya Mulut Si Pengumpat
Jiranku Penyibuk
Cerewet dan Banyak Mulut
Terlalu Kedekut
Hutang dan Hutang Lagi
Menewaskan Si Sombong
Sampah dari Rumah Sebelah!
Suka Bermegah-Megah
Masalah dengan Rakan
Pilih dan Saring Rakan
Perselisihan Perkara Biasa
Rakan Mengkhianati Aku
Persaingan dalam Persahabatan
Mengapa Terus Membantu?
Kesibukan vs Persahabatan
Rakan-Rakan Mengajak Maksiat
Waspada dengan Si Pengampu
Masalah dengan Alam Sekitar
Alam dan Tugas Sebagai Khalifah
Bina Rumah Mesra Alam
Kurangkan Sampah Plastik
Sampahku Usahaku
Susahkah Berkebun?
Sebarkan Semangat Melestarikan Alam
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli