Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
‘Leman... Ke mana agaknya engkau pergi? Sudah seminggu aku tak nampak batang hidung engkau. Masa latihan pun engkau tak turun. Ke mana engkau agaknya ya?’ hati Peah Jambu berbisik sendiri.
“Apa lagi yang kamu hendak fikirkan Leman. Terima sahajalah. Kamu jangan bimbang, Suraya memang pilihan yang paling sesuai untuk kamu,” kata-kata Pak Imam Dolah benar-benar membuatkan fikiran Leman berserabut.
Hubungan Peah Jambu dan Leman Kerinting dilanda badai lagi. Satu demi satu masalah melanda sehingga menggoyahkan hubungan yang terjalin. Di saat mereka mengecapi kebahagiaan, terjadi satu peristiwa yang mengaibkan sehingga masing-masing terpaksa menjauhkan diri. Apabila mereka kembali bahagia, Leman pula berada dalam dilema. Peah Jambu pula menghilangkan diri tanpa khabar berita. Dalam masa yang sama, ayah Peah Jambu, Pak Seman Kerbau jatuh sakit. Dia menuntut agar mereka disatukan segera. Siapakah pilihan Leman Kerinting? Di manakah Peah jambu? Adakah impian Pak Seman Kerbau bakal menjadi kenyataan? Terleraikah masalah yang melanda mereka? Dapatkan jawapannya di dalam novel ini.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli