Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Tajuk: Melawan Kematian Menuju Keabadian
ISBN: 978-967-481-698-8
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Dr. Ade Hashman
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 308
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.40 kg
Dimensi (cm): 22.8 cm x 15.2 cm x 1.5 cm
SINOPSIS
Buku yang menggabungkan elemen Islamik, falsafah, sains, dan inspirasi dalam membincangkan perihal kematian daripada perlbagai bidang ilmu. KEMATIAN adalah sebuah kepastian yang akan terjadi pada masa hadapan dan kepastian yang diterima oleh semua orang. Bahkan dalamk kalangan ateis sekalipun, fenomena kematian lebih diterima berbanding Tuhan yang dipandang abstrak. Jadi tentunya semua orang menerima fakta kematian tanpa perdebatan, sehingga Al-Quran turut menggunakan perkataan ‘yakin’ untuk menyebut kematian.
Banyak buku yang memperkatakan tentang kematian dengan tajuk dan pendekatan yang pelbagai. Namun, buku ini memberikan perbahasan dan pendekatan baharu dalam melihat kematian.
Sebagai pakar anestesia (bius), Dr. Ade Hashman memahami dan dapat menerangkan dengan terperinci tentang permulaan kehidupan daripada pembentukan tisu sel janin hingga fasa pertumbuhan dan kerosakan yang berakhir dengan kematian.
Buku ini mengupas secara ilmiah aspek kematian dan melengkapkannya dengan analisis falsafah, psikologi dan teologi, serta pengalaman empirikal Dr. Ade Hashman selaku penulis semasa merawat pesakit yang sedang menghadapi kematian.
Isi Kandungan
I. Pola Aliran Hidup Manusia
Memahami Aliran Hidup Manusia
Life Begins At Forty
II. Falsafah dan Psikologi Kematian
Mengapa Kematian Begitu Menakutkan?
Pandangan Pesimistik tentang Kematian
Hegemoni Dunia Materialisme
Ateisme dan Materialisme; Dua Wajah dalam Satu Syiling
Ateisme Itu Tidak Alamiah dan Ilmiah
Agama Itu Amaliah dan Berdimensi Ilmiah
Usaha Intelektual untuk Memahami Kehidupan Selepas Kematian
Di Sebalik Ketakutan kepada Kematian
Naluri Untuk Hidup Selama-lamanya
Hasrat Terpendam Naluri Manusia untuk Keadilan
Belajar daripada Embriologi
Kita Ini Seperti Sebuah Buku
Embriologi sepintas lalu dalam Al-Quran
Antara Embriologi dan Eskatologi
Kehidupan Embrio
Pandangan Optimis dan Positif Melihat Kematian
Kematian adalah Konsekuensi Logik Kehidupan
III. Di Pinggir Jurang Kematian
Di Bibir Jurang Kematian
Kisah Pheng Shuilin
Pernahkah Bertanya Mengapa Kita Hidup?
Isyarat Kematian
Memahami Fenomena Mati Suri (Near Death Experience)
Cerita Ringkas Eben Alexander, M.D
NDE Secara Perubatan
Di Bawah Pengaruh Anestesia: Ke Manakah Jiwa Mereka Pergi?
Playing God, Dilema Etika Pesakit Terminal?
Eutanasia; Adakah Hak untuk Memilih Mati?
Pahlawan dari Neraka
IV. Melawan Kematian
Naluri Immortal Manusia
Tawar-Menawar Jadual Kematian
Kejayaan Teknologi Perubatan untuk Merekayasa Kehidupan
Impian Perubatan Menaklukkan Kematian
Memfotokopi Makhluk dengan Teknologi Pengklonan
Revolusi Sel Stem
Transplantasi: Bongkar Pasang Alat Ganti
Avatar: Hidup Abadi “Secara Virtual”
Inspirasi Immortal
Turritopsis Nutricula
Caenorhabditis Elegans
Salamander (Ambystoma Mexicanum)
Kawasan Zon Biru; Belajar daripada Tabiat Orang Centenarian
V. Biologi Kematian
Apa yang Terjadi Ketika Seseorang Meninggal Dunia?
Wujud Di Sebalik Bahan Tubuh Manusia
Lokasi Nyawa Menurut Sains Perubatan
Merakam Detik-Detik Ketika Ajal Menjelang
Inilah yang Terjadi pada Tubuh Fizikal Setelah Mati
Tiga Minit Misteri
VI. Pulang: Dari-Nya Kita Datang, Kepada-Nya Kita Kembali
Manusia: Kafilah Perjalanan Pergi Balik
Dialektik Hidup Mati dalam Al-Quran
Umur Biologi vs Umur Kronologi
Dua Masa Depan Manusia
Epilog Awal: Bermanfaat Hingga Senja, Damai Sampai Akhir, Hidup Tanpa Penyesalan
Epilog Akhir: Dan Demi Masa
Tentang Penulis
Ucapan Terima Kasih
Rujukan
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli