Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Format: Paperback
Saiz: 4.5 x 6.5 inci
Mukasurat: 128 mukasurat
Warna: 1 warna
Bahasa: Bahasa Malaysia
Siri Penyiasatan - Misteri Kubu Penjajah
Tiga sahabat baik, Hakim, Sen Keong dan Muthu - meskipun berlainan bangsa, agama dan budaya, namun persahabatan mereka kekal akrab. Pelbagai peristiwa dan 1001 cerita serta pengalaman yang mereka lalui menjadikan mereka lebih bersemangat, bijak dan berdikari. Walaupun setiap seorang mempunyai perangai dan tabiat yang berbeza, namun atas dasar 'teman selamanya', mereka berjaya mengharungi dan merungkaikan satu persatu misteri yang mereka hadapi.
"Mak Bedah tahu tak tentang binaan seperti sebuah kubu yang terletak di tepi jalan menuju ke kebun Atuk tu?". Mak Bedah mengerutkan dahinya, cuba mengingati apa yang ditanya oleh Hakim itu, "Ooo... Tu kubu penjajah... Ada orang kata, dulu kubu itu pernah menjadi tempat di mana mayat tentera Jepun dikumpulkan sebelum dibawa pulang ke Jepun. Ramai yang mendakwa, ketika mereka lalu lalang di situ, mereka akan diganggu...". "Diganggu oleh siapa, Mak Bedah?" Sen Keong bertanya, "Penunggu kubu!".
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli