Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Siri Novel Ana Solehah - Ana Puteri Ayahanda
Hidup dan kenangan. Pastinya dua perkataan ini tidak dapat lari dari setiap makhluk Tuhan yang bernama manusia. Baik kenangan manis atau pun pahit, kita pasti akan melalui dan mengalaminya. Kenangan juga mengajar kita untuk terus kukuh melangkah menuju masa depan. Semoga, kenangan semalam menjadi teras hidup untuk hari ini demi meniti kebahagian hari esok.
“Sudah, jangan menangis lagi. Mari sini, ayah nak peluk Ana. Hari ini, ayah belum peluk Ana lagi. Dari tadi Ana asyik bermain saja dengan Im. Mari sini, ayah nak peluk,” ujar Pak Soleh sambil menarik tangan Ana.
Ana termakan dengan kata-kata tersebut. Lantas dia bangun, lalu merebahkan kepalanya di bahu Pak Soleh.
“Hah, macam nilah anak ayah,” kata Pak Soleh sambil tangannya mengusap lembut di belakang badan Ana.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli