Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Penulis: Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459538
Bil. Muka surat: 294m/s
Format: Paperback
Harga: RM35.00
Berat: 0.4kg
Sinopsis
Kita ingin jadi yang lebih baik dan kita ingin berbudi kepada orang-orang di sekeliling kita. Tetapi, siapakah inspirasi al-Quran untuk kita teladani?
Hakikatnya, Al-Quran telah membawa kisah Ibu Maryam yang bercita-cita tinggi saat menguruskan ruma tangganya.
Kisah Khawlah dan Ummu Kulthum binti Uqbah yang berusaha keras dan berani bertanya ketika menuntut ilmu.
Kisah dua perempuan Madyan yang menjaga kemuliaan diri saat keluar bekerja.
Kisah Permaisuri Saba' yang berfikir panjang dan kritikal membuat keputusan dalam memimpin negara.
Melalui buku ini, Ustaz Syaari dan Nurul Shuhadah Shuib membawakan kisah-kisah perempuan dalam Al-Quran yang berbudi di pelbagai relung kehidupannya. Ia memberi inspirasi dan ibrah kepada perempuan zaman kini agar hidup lebih bermakna.
Buku ini terdiri daripada 6 bahagian yang disusun berdasarkan ‘posisi-posisi’ seorang perempuan yang disebutkan tadi. Setiap satu daripada bahagian ini menumpukan watak-watak khusus daripada Al-Quran sebagai tokoh tumpuan untuk dipelajari. Wanita Berkeluarga (Kisah Ibu Maryam), Wanita Berpendidikan (Kisah Khawlah dan Ummu Kulthum), Wanita Berkerjaya (Kisah Dua Wanita Madyan), Wanita Berpersatuan (Kakak Nabi Musa AS), Wanita Bersosial dan Berpengaruh (Kisah Isteri Al-Aziz dan Wanita-wanita Mesir), serta Wanita Berkuasa (Kisah Permaisuri Saba’).
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli