Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
KOD : TBBK1141
BILANGAN M/S : 176
SAIZ : 21cm x 14.1cm x 0.9cm
ANGGARAN SAIZ : A5
MUKA BUKU : Softcover
WARNA DALAM : Hitam Putih
NAMA PENULIS : S.S. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
SINOPSIS
Dalam Solat Sunat Pilihan 2 ini disambung dengan solat Istikharah, solat Tasbih, solat Taubat, solat Istisqa' (mohon hujan) dan solat Tarawih. Sesungguhnya solat sunat ialah solat tambahan selain daripada solat fardu yang memainkan dua peranan penting: Pertama: Jika solat fardu anda sudah sempurna, solat sunat berperanan meningkatkan darjat ibadah anda kepada Allah s.w.t. Kedua: Jika solat fardu anda belum sempurna lantaran kurang khusyuk atau meninggalkan perkara-perkara sunat, maka solat sunat berperanan menampung kekurangan yang anda lakukan dalam solat wajib. Buku ini berbeza kerana penulisnya membawa hujah dari al-Quran dan hadis dalam setiap perbuatan solat. Ini boleh membantu solat kita dilakukan dengan lebih berotoriti dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu disertakan juga hikmah di sebalik setiap perbuatan. Buku ini juga mengandungi doa-doa di dalam dan selepas solat sunat yang sangat mustajab untuk diamalkan.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli