Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Weight:0.29 kg
fsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.
Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 14, iaitu Surah Al-Hijr dan An-Nahl. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Isi Kandungan
Pengantar Juzuk 14
Surah al-Hijr (BATU BESAR) 5
Insan dan Iblis 25
Tetamu Ibrahim a.s. 38
Umat Nabi Luth a.s. 43
Penduduk Aikah dan Al-Hijr 53
Surah an-Nahl (lebah) 65
Pendahuluan 65
Kehendak Allah 70
Allah Penunjuk Jalan 75
Lautan 82
Perbandingan 94
Jawapan Musyrikin 97
Hijrah 104
Kembali Tentang Keindahan Alam 124
Kejadian Manusia 128
Kehadiran Manusia Di Dunia 138
Menengadahlah Ke Angkasa Luas 139
Rumah Kediaman 141
Tiga Perintah Tiga Larangan 150
Amal soleh Lelaki-lelaki Dan Perempuan 162
Berlindung Dari Pengaruh Syaitan 164
Bantahan Musyrikin Kerana Pertukaran Ayat 166
Tuduhan Yang Tidak Beralasan 168
Ibrahim Seorang Umat 191
Nabi Muhammad s.a.w.. Pewaris Agama Ibrahim a.s. 193
Tentang Hari Sabtu 195
Dakwah 197
Pembalasan 199
Penutup 201
BIBLIOGRAFI 203
CATATAN 217
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli