Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Format: Hard Cover + Glitter
Saiz: 10 x 10 in
ISBN: 978-967-1188-05-7
Jumlah Muka Surat : 48
Warna : 4 warna
Bahasa : Bahasa Melayu
Penulis : Ummi Nisa
Sesuai untuk 4-7 tahun
Asas baca, akhlak/moral dan sains
______________________________________________________________________________________
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh lari daripada menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mendidik anak-anak. Apatah lagi apabila anak kita sudah pandai untuk berkata-kata; “Mama, saya tak nak makan!”, “Papa, saya tak nak tidur!” dan banyak lagi keletah si anak yang kadangkala menguji kesabaran ibu bapa.
Siri Akhlak Anak Muslim ini diharap dapat membantu ibu bapa membimbing dan menangani cabaran mengasuh anak-anak, melalui penceritaan yang ringkas dan mudah difahami. Penggunaan ‘bahasa kasih’ oleh mama, Anas dan Anis dalam siri ini diharap dapat membantu ibu bapa mencontohi cara berkomunikasi dengan anak-anak. Buku ini juga turut memuatkan doa-doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak di bahagian Mari Kita Baca Doa. Selain itu, ibu bapa boleh adakan sesi soal jawab di slot perbincangan di halaman Tahukah Adik-Adik? Anak-anak juga boleh menguasai kosa kata mereka dalam tiga bahasa yang berbeza di halaman terakhir buku ini iaitu Kamus Cilik. Semoga Siri Akhlak Anak Muslim ini mampu mencorak peribadi mulia seorang anak muslim.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli