PASTIKAN ANDA LOGIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM TAMBAH KE TROLI
As-Syamail Al-Muhammadiyah (Hard Cover)
As-Syamail Al-Muhammadiyah (Hard Cover)
As-Syamail Al-Muhammadiyah (Hard Cover)
As-Syamail Al-Muhammadiyah (Hard Cover)
As-Syamail Al-Muhammadiyah (Hard Cover)
As-Syamail Al-Muhammadiyah (Hard Cover)
As-Syamail Al-Muhammadiyah (Hard Cover)
Sold Out
  • SKU:
  • Ketersediaan: Kehabisan Stok

As-Syamail Al-Muhammadiyah (Hard Cover)

RM49.00
  • Harga Asal: RM49.00
  • Jenama: PTS
  • Jenis Produk: BUKU
  • Barcode: 978-967-481-593-6
  • Berat Produk: 0.8 kg
INFO / SINOPSIS

Tajuk: As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover)

ISBN: 978-967-481-593-6
Penerbit: PTS Publishing
Penulis: Imam At-Tirmidzi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 496
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.8
Dimensi (cm): 23 x 16 x 3

===========================

Dalam cetakan edisi kemas kini ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan:

  1. Cetakan ini ditahqiq sebanyak dua kali oleh penterjemah dan ditambah nota-nota kaki bagi memberi penjelasan berkenaan istilah-istilah ataupun makna perkataan yang kurang jelas. Selain itu, beberapa kesilapan teknikal dalam cetakan edisi lama sudah dibetulkan. Pembaca boleh merujuk kepada bahagian penerangan dan nota kaki berkotak.
  2. Terdapat perkataan-perkataan yang bergaris, disusuli perkataan yang bertanda kurungan. Ini bagi menunjukkan perbezaan antara beberapa cetakan yang dirujuk. Pentahqiq melampirkan kedua-duanya bagi mengelakkan timbul kekeliruan apabila dibandingkan cetakan-cetakan itu.
  3. Terdapat hadith-hadith yang tidak dinyatakan sanad dan matannya kerana wujud hadith yang sama sebelumnya. Sekiranya pembaca menjumpai hadith itu, pembaca boleh merujuk kepada hadith sebelumnya atau nombor nota kaki yang tertera.
  4. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini, susun atur perkataan ditambahbaik dari segi grafik supaya lebih menarik dan cantik.
  5. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini juga, terdapat bahagian tambahan iaitu maklumat mengenai kitab-kitab Syamail Muhammadiyah yang ada, sejarah ringkas Imam At-Tirmidzi dan juga ringkasan sejarah Rasulullah s.a.w.

Dalam surah al-Ahzab, ayat 56, Allah s.w.t. menyatakan, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Bacalah selawat, Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in. Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga, dan sahabat-sahabat Baginda.”

Kenabian Muhammad SAW dikuatkan dengan sejumlah ayat dan mukjizat yang dikurniakan dari Allah SWT. Mukjizat terbesar baginda ialah Al-Quran. Semua ayat dan mukjizat tersebut menjadi bukti kebenaran Rasulullah SAW.

 

Para sahabat Rasulullah SAW telah menyaksikan mukjizat-mukjizat yang kemudian disampaikan kepada kita sehingga faham kita akannya melalui penelitian terhadap hadis.

 

Tidak cukup kita disebut sebagai seorang umat yang benar-benar mengenali Rasulullah SAW dengan sekadar membaca mengenai Rasulullah SAW melalui sebuah buku atau selembar hadis.

Membaca mengenai Rasulullah SAW bukan sekadar memahami sejarah kelahiran dan perjalanan kehidupannya sahaja malah perlu juga untuk kita melazimi apa yang diucapkannya dan perbuatannya agar kita boleh mengamalkannya dalam kehidupan hari ini.

As-Syamail Al-Muhammadiyah adalah satu bahan bacaan wajib untuk kita kenal dan memahami sifat keperibadian Rasulullah SAW semasa hayatnya melalui hadis-hadis yang dikumpulkan di dalam buku ini.

Menunaikan hak Rasulullah adalah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Menjadi tanggungjawab kita untuk percaya akan perkataan, perbuatan dan segala yang dibawa oleh Rasulullah saw dan meletakkan kedudukan Rasulullah di tempat yang sewajarnya.

Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 80 yang bermaksud,

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."

 

REVIEWS

ANDA MUNGKIN BERMINAT;

KEMBALI KE ATAS
Promo box

Seseorang telah membeli

Product name

info info