PASTIKAN ANDA LOGIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM TAMBAH KE TROLI
MISTERI JIP TAK BERNOMBOR
MISTERI JIP TAK BERNOMBOR
MISTERI JIP TAK BERNOMBOR
MISTERI JIP TAK BERNOMBOR
MISTERI JIP TAK BERNOMBOR
MISTERI JIP TAK BERNOMBOR
MISTERI JIP TAK BERNOMBOR
MISTERI JIP TAK BERNOMBOR
Sold Out
  • SKU: SPN07
  • Ketersediaan: Kehabisan Stok

MISTERI JIP TAK BERNOMBOR

RM10.90
  • Harga Asal: RM10.90
  • Jenama: ANA MUSLIM
  • Jenis Produk: BUKU
  • Barcode: 9789670604640
  • Berat Produk: 0.15 kg
INFO / SINOPSIS

Format: Paperback
Saiz: 4.5 x 6.5 inci
Mukasurat: 128 mukasurat
Warna: 1 warna
Bahasa: Bahasa Malaysia
ISBN: 978-967-0604-64-0
Penulis: Amir Hamzah Aziz

Siri Penyiasatan - Misteri Jip Tak Bernombor

Tiga sahabat baik, Hakim, Sen Keong dan Muthu – meskipun berlainan bangsa, agama dan budaya, namun persahabatan mereka kekal akrab. Pelbagai peristiwa dan 1001 cerita serta pengalaman yang mereka lalui menjadikan mereka lebih bersemangat, bijak dan berdikari. Walaupun setiap seorang mempunyai perangai dan tabiat yang berbeza, namun atas dasar ‘teman selamanya’, mereka berjaya mengharungi dan merungkaikan satu persatu misteri yang mereka hadapi.

Lalu mereka berbincang sesama sendiri. Setelah mengambil keputusan bersama, Hakim bersetuju untuk cuba mendekati Jip tidak bernombor itu. Manakala Sen Keong dan Muthu memerhati dari jauh. “Kalau terjadi apa-apa kepada aku, cepat-cepat telefon polis, tau!” pesan Hakim sebelum meninggalkan kawan-kawannya. “Okey, jaga diri kau baik-baik!” Muthu pula berpesan kepada Hakim. Lantas Hakim pun bergerak menuju ke Jip berwarna kelabu itu. Sebaik sahaja dia hendak menghampiri Jip tersebut, Hakim terlanggar seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di sebalik Jip itu. Barang-barang yang dibawanya jatuh dan berselerakan. “Hoi!” marah lelaki itu.

REVIEWS

ANDA MUNGKIN BERMINAT;

KEMBALI KE ATAS
Promo box

Seseorang telah membeli

Product name

info info