Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
SIRI NOVEL REMAJA ANA MUSLIM - KASIH TERAKHIR
Lili seorang remaja yang bijak dan bercita-cita tinggi. Dia mempunyai harapan dan impian ingin berjaya di dalam hidupnya. Bagi merealisasikan impiannya itu, Lili mengambil keputusan untuk menyambung persekolahannya ke sekolah berasrama penuh, tetapi niatnya itu dihalang oleh abahnya, Encik Ibrahim, yang tidak sanggup berjauhan dengan anak kesayanganya.
Namun, Lili tetap berkeras dengan keputusannya bagi mengejar cita- citanya. Dia merasakan peluang yang diperolehi itu adalah jalan untuk menuju ke puncak kejayaan. Akhirnya, Encik Ibrahim akur dengan pilihan Lili.
Keizinan daripada abahnya merupakan saat manis buat Lili. Dia bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memenuhi impiannya dan mengembirakan kedua-dua ibu bapanya. Namun, belum pun sempat dia mengecapi kejayaan itu, dugaan datang menimpa. Kedukaan menjengah perasaan dan semangatnya menjadi lemah. Berita itu benar-benar memberi tamparan hebat untuk Lili sehingga dia tidak berdaya lagi meneruskan langkahnya menggamit kejayaan. Apakah yang telah berlaku? Mampukah Lili menangkis dugaan itu sekaligus menggapai kecemerlangan hidupnya?
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli