Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
QISYA DAN FAIZAH
“Apa masalah kau pandang aku macam tu? Nak gaduh?” soal Faizah sebaik sahaja berdiri di sebelah meja Qisya.
“Cikgu, I tak nak duduk dengan samseng ni!” jawab Qisya sedikit melaung.
“Cikgu... Tak payah ikut sangatlah perangai mengada ngada perempuan gedik, manja dan pinky ni. Saya okey je duduk di sini,” ujar Faizah. Dia kemudiannya menjeling ke arah Qisya sekilas.
“No! I tak nak duduk dengan you!” tengking Qisya lagi.
Qisya, satu-satunya anak kepada usahawan berjaya, Dato’ Ehsan. Sikapnya yang manja dan keras kepala menyebabkan semua kehendaknya mesti ditunaikan. Diulangi, mesti ditunaikan! Namun, pertemuannya dengan Faizah, seorang pelajar yang baru berpindah ke sekolah itu membuatkan Qisya bertambah geram. Perwatakan kasar Faizah menyebabkan Qisya rasa tercabar.
Apakah peristiwa itu? Dapatkan Faizah memaafkan perbuatan Qisya?
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli



