Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Ana Solehah bersama adik Ibrahim dan Luqman ialah anak yatim. Hidup mereka berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia semakin matang dan menjadi seorang yang penyayang, baik hati, amanah, bertanggungjawab, rajin belajar dan pelbagai jati diri yang dipelajari melalui pengalaman hidup bersama kawan-kawannya.
"Kak Ana rindukan arwah ayah ya?" soal Ibrahim dengan wajah yang berkerut. Ana mengangguk. "Kak Ana mimpi arwah ayah," jawab Ana dalam nada sayu. "Kak Ana mimpi arwah ayah? Macam mana keadaan arwah ayah, Kak Ana? Ayah ada cakap apa-apa tak?"
Soal Ibrahim bertubi-tubi. Dia nampak bersemangat hendak mendengar cerita seterusnya daripada Ana. Sesungguhnya, Ibrahim, Luqman dan Ana, amat merindui ayah.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli