PASTIKAN ANDA LOGIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM TAMBAH KE TROLI
HIDANGAN MALAM
  • SKU: SMM03
  • Ketersediaan: Ada stok Stok banyak Kehabisan Stok Kehabisan stop tapi masih boleh dibeli

HIDANGAN MALAM

RM21.90
  • Harga Asal: RM21.90
  • Jenama: ANA MUSLIM
  • Jenis Produk: BUKU
  • Barcode: 9789674491260
  • Berat Produk: 0.4 kg
INFO / SINOPSIS

Abd Manan A. Rahaman atau lebih dikenali sebagai Chef Nan merupakan Penolong Pegawai Penyelidik di Bahagian Kimia dan Teknologi, Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai, Negeri Sembilan.
Beliau memiliki Diploma Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun Terengganu. Beliau juga pernah menjadi juri jemputan serta mengadakan Master Class untuk menunjukkan demo masakan kepada empat peserta terbaik Master Chef Malaysia All Stars 2013.
Beliau juga pernah terlibat sebagai chef undangan dalam program Inspirasi Koko dalam segmen Kreatif Koko sebanyak enam musim. Pernah menjadi tetamu bagi slot Seni Kreatif dalam Program Selamat Pagi Malaysia di RTM1.
Chef Nan juga pernah membuat demonstrasi masakan anjuran Blue Archipelago Company di Setiu Terengganu. Beliau juga membuat demonstrasi untuk Kursus Asas Pembuatan Kek Berasaskan Koko dan Dekorasi di Bangi, Selangor. Selain itu, Chef Nan juga pernah diundang untuk membuat demonstrasi Masakan Timur dan Barat untuk kakitangan bahagian Domestik Institut Penilaian Negara (INSPENS).
‘Mudahnya Masak… Hidangan Malam’ merupakan kesinambungan daripada buku resepi ‘Mudahnya Masak… Sarapan’ dan ‘Mudahnya Masak… Hidangan Tengah Hari’.
Buku ketiga ini melengkapkan koleksi masakan hasil air tangan Chef Nan Rahaman.
Moga buku kali ini dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk mencuba pelbagai hidangan malam yang mudah dan enak. Setiap resepi yang dikongsi, pastinya mudah untuk difahami dan diikuti. Di dalam buku ini juga terdapat tip-tip yang berguna untuk anda praktikkan.Selamat mencuba.

REVIEWS

ANDA MUNGKIN BERMINAT;

KEMBALI KE ATAS
Promo box

Seseorang telah membeli

Product name

info info