Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Ana Solehah bersama adiknya Ibrahim dan Luqman ialah anak yatim. Hidup mereka berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia semakin matang dan menjadi seorang yang penyayang, baik hati, amanah, bertanggungjawab, rajin belajar dan pelbagai jati diri yang dipelajari melalui pengalaman hidup bersama kawan-kawannya.
"Idah, pulangkan balik Oyen... Oyen bukan milik kita pun," pujuk Ana.
"Tak boleh! Idah yang jumpa Oyen dulu, jadi Oyen Idah punyalah!" sahut Idah. Dia memeluk Oyen erat ibarat tidak mahu melepaskan Oyen pergi.
Kehilangan Oyen telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Kucing kesayangan Malaysia hilang begitu saja? Namun, siapa sangka Oyen singgah ke teratak Darul Riayah bagi menumpang kasih dan manja. Walaupun Ana juga berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Oyen, Ana tetap rasakan Oyen perlu dikembalikan ke tempat asalnya. Namun, Idah pula mempunyai rancangan yang berbeza. Apa yang harus Ana lakukan?
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli