Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
“Eh, kenapa Hanis masak mi letak susu ni? Pelik je opah tengok...” soal opah sambil memicit-micit kepalanya yang mula berdenyut. Cucu minah salehnya buat hal lagi lah ni!
“Relax opah. This is carbonara.... Lemak berkrim disukai Hanis tau!” jawab Hanis dengan riak selamba.
“Car... Car...! Haisy, apa bendanya tu?” soal opah lagi.
Gelagat Hanis yang sentiasa mahukan makanan barat selama 24 jam telah memeningkan kepala opahnya. Memang payah untuk tekak minah salehnya menerima makanan Melayu buat kali pertama. Pagi bolognese, tengah hari macaroni cheese, malam pula pastilah pizza, telah membuatkan Hanis hilang punca. Inilah
masalahnya, no western food in kampung! Di mana dia boleh mendapatkan menu seperti itu? Akhirnya, dia telah membuat keputusan. Kerinduan terhadap Carbonara arwah ibunya membuatkan Hanis bertekad untuk menyediakannya sendiri. Hanis gembira, tambahan pula air tangannya turut menambat selera opahnya! Namun, ibarat carbonara yang telah dicampur susu, manalah boleh bertahan lama, pasti cepat rosak. Begitu juga
dengan Hanis. Dia terpaksa berhadapan dengan satu lagi masalah di sekolahnya. Apakah masalah yang dihadapi Hanis? Mampukah dia menyelesaikan masalah itu?
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli