Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Ana Solehah bersama adik Ibrahim dan Luqman ialah anak yatim. Hidup mereka berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia semakin matang dan menjadi seorang yang penyayang, baik hati, amanah, bertanggungjawab, rajin belajar dan pelbagai jati diri yang dipelajari melalui pengalaman hidup bersama kawan-kawannya.
"Err, pak long ada sedikit hal nak bincang ni," mula pak long.
"Hal apa tu, pak long?" tanya Ana.
"Kalau Ana dapat ayah bahari..macam mana?"
Pertanyaan Pak Long Zakaria itu membuatkan Ana tersentak. Mengapa pak logn bertanyakan soalan itu?
Soalan itu benar-benar mengganggu jiwa Ana sehingga semua perkara yang dilakukan tidak kena. Ana perlukan jawapan dariapda ibu. Tapi, jika benar ibu sudah bertemu pengganti ayah, adakah Ana bersedi untuk menerima insan baharu dalam hidup mereka.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli