Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Spesifikasi
• 11.4 x 17 cm
• 128 ms
• 2 warna
• Paperback
• Bahasa Melayu
Siri Novel Ana Muslim - Oh My Abah!
“Abah nak bawa kambing tu ke mana?” soal Alma. “Nak bawa kambing ni tidur dengan kita,” jawab Encik Faiz tanpa ada rasa bersalah langsung. “Ya Allah! Abah!” Alma mula berasa geram. “Kalau Alma tak bagi, kita nak tidur dengan kambing ni di kandang. Boleh?” pinta Encik Faiz. Alma seorang kanak-kanak yang inginkan kebebasan dan mahukan hidup seperti kawan-kawannya yang lain Namun, semua itu terhalang apabila abahnya terlibat dalam kemalangan.Alma terpaksa memikul tanggungjawab untuk menjaga abahnya lebih-lebih lagi kesan daripada kemalangan itu menyebabkan abahnya hilang ingatan dan bertukar sikap menjadi kebudak-budakan. Suatu hari, pihak sekolah telah menganjurkan hari perkhemahan Pengakap, Alma ingin turut serta dan mula keliru untuk membuat keputusan. Pada masa yang sama abahnya pula telah menimbulkan permasalahan sehingga Alma hilang sabar. Lantas Alma terus mengambil keputusan untuk pergi ke perkhemahan itu. Pemergian Alma membuatkan abahnya tidak keruan sehinggalah terjadi sesuatu. Apakah yang berlaku kepada abah
Alma? Bagaimanakah pula dengan Alma apabila mengetahui hal itu?
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli