Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Siri Novel Islami Ana Muslim - Takdir Untuk Wafi
“Aku rindukan Wafi yang dulu. Wafi yang tabah, sabar dan sentiasa ceria,” kata Najib. “Hidup saya dah musnah, Najib. Saya dah tak mampu nak buat apa-apa. Saya malu dengan keadaan saya macam ni,” kata Wafi. “Wafi, kau sendiri yang kata pada aku... Allah bagi kita ujian kerana Dia rindukan kita. Dia sayang kita. Dia nak kita lebih dekat dengan Dia. Itu yang pernah kau beritahu pada aku. Dan Allah juga ada berfirman, jangan katakan kamu beriman selagi kamu belum diuji. Ingat lagi tak Wafi?” soal Najib dengan menekankan sedikit suaranya. Dua sahabat yang berbeza sikap, tetapi mampu menjadi teman yang akrab. Wafi, seorang pelajar yang berdisiplin dan anak yang baik menjadi sahabat kepada Najib. Najib? Pelajar yang sentiasa memberontak kerana kesempitan hidup. Perkenalan yang didasari oleh persamaan taraf hidup itu akhirnya mengubah sikap Najib. Namun, peristiwa di ladang kelapa sawit telah mengubah sikap Wafi hampir 360 darjah. Ini bukan Wafi yang dulu! Wafi yang tabah sudah berubah lemah. Dia sudah kehilangan arah dan matlamat hidupnya. Mampukah Najib memujuknya untuk kembali bersikap positif? Apakah yang ditakdirkan untuk Wafi?
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli