• Saiz kad : 9.65 x 12.2 cm
• 42 keping Kad Imbas & Kad Aktiviti Kognitif (Tema Haiwan)
• Dwibahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
• 4 warna depan & belakang. Kemasan UV.
• Kemasan tepi kad berbentuk bulat untuk keselamatan si manja
• Saiz kotak: 9.9 x 12.2 x 1.9cm (0.3 kg). Setiap kotak dibungkus dengan plastik.
ISBN: 9555698614028
______________________________________________________________________________________
Belajar & Bermain - Menyokong perkembangan kognitif dan kemahiran berfikir!
Cara menggunakan kad imbas dan kad aktiviti
1) Kenal Nombor
- 10 Kad Imbas (2a - 11a)
- Lihat, dengar, kenal dan sebut nombor 1-10.
- Ulang sehingga lancar.
- Surih nombor 1-10
2) Nilai Nombor
- 10 Kad Imbas (2b - 11b)
- Lihat, kira, kenal dan sebut nilai nombor
3) Nilai Nombor Pada Benda
- 10 Kad Aktiviti (22a - 31a)
- Kira dan sebut bilangan bintik pada badan Oma dan Omey
- Pembimbing pilih 3 kad. Cari dan padankan bilangan bintik yang sama banyak. Ulang dengan set yang lain. Setelah mahir, ulang aktiviti dengan menggunakan 5 kad.
4) Sama Banyak, Banyak dan Sedikit
- 20 Kad Aktiviti (12b - 31b)
- Kira dan sebut nilai nombor mengikut bilangan haiwan
- Pembimbing pilih 2 kad. Kira dan sebut bilangan haiwan sama ada sama banyak, lebih banyak atau lebih sedikit. Ulang dengan set yang lain.
5) Sama Banyak
- 10 Kad Aktiviti (12a - 21a)
- Lihat, kira dan sebut bilangan kaki haiwan.
- Pembimbing pilih 3 kad. Cari dan padankan bilangan kaki haiwan yang sama banyak. Ulang dengan set yang lain. Setelah mahir, ulang aktiviti dengan menggunakan 5 kad.
6) Tambah dan Tolak
- 6 Kad Aktiviti (32a - 37a), (32b - 37b)
- Ambil 1 kad dari (32a - 37a), contoh 32a. Kira bilangan haiwan. Tambah satu ekor haiwan. Pusingkan kad dan lihat 32b. Kira bilangan haiwan.
- Ambil 1 kad dari (32b - 37b), contoh 32b. Kira bilangan haiwan. Tolak satu ekor haiwan. Pusingkan kad dan lihat 32a. Kira bilangan haiwan.
7) Urutan Nombor
- 4 Kad Aktiviti (38a - 41a), (38b - 41b)
- Lihat dan dengar cerita.
- Susun cerita ikut urutan 1, 2, 3 dan 4.
Nota: Ibu bapa atau pembimbing digalakkan melakukan aktiviti ini bersama anak-anak untuk mendapatkan hasil pembelajaran terbaik.
Kelebihan Kad Imbas
- Memupuk "active recall" bagi melatih otak untuk mengingati maklumat dengan tepat dan pantas.
- Meningkatkan daya ingatan dan merangsang otak kanan.
- Maklumat mampu disimpan dengan lebih lama dengan rangsangan visual dan pendengaran.
- Pembelajaran bercirikan konsep "Total Physical Response".