Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
teltreSIRI AJARKAN BUAH HATI MENCINTAI ISLAM
“Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah, kedua-dua ibu bapalah yang menjadikannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Begitulah Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa hati anak-anak adalah tanah
yang suci, menunggu benih iman disemai dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
Setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak membesar mengenal Allah SWT, mencintai
kebenaran dan berakhlak mulia. Antara tarbiah terawal yang paling utama ialah
memperkenalkan kepada mereka para rasul, insan pilihan Allah SWT yang
membimbing manusia mentauhidkan-Nya serta menjadi teladan sepanjang zaman.
Buku 25 Rasul Ajarkan Buah Hati Mencintai dan Meneladani Para Rasul ini
memaparkan kisah kehidupan para rasul yang wajib diketahui dan diimani, melalui
penceritaan yang dekat dengan jiwa, sarat dengan nilai keimanan, kesabaran dan keberanian. Didik jiwa, bina
jati diri dan bantu anak-anak memahami makna iman, taat, sabar dan amanah melalui perjalanan dakwah dan
ujian kehidupan para rasul. Sesuai dibaca dan dihayati bersama seisi keluarga. Jom jadikan buku ini langkah awal
membimbing anak-anak mengenal, mencintai dan meneladani para rasul!
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli



