Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
Ana Solehah bersama adiknya Ibrahim dan Luqman ialah anak yatim. Hidup mereka berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia semakin matang dan menjadi seorang yang penyayang, baik hati, amanah, bertanggungjawab, rajin belajar dan pelbagai jati diri yang dipelajari melalui pengalaman hidup bersama kawan-kawannya.
"Ana, cepatlah buka peranti pengimbas kod Ana tu," arah Ina. Jantung Ana kembali berdebar. Dia duduk kembali di tempatnya. Perlahan-lahan Ana membuka pengimbas kod dan mengarahkan ke kotak baju rayanya. Dia memulakannya dengan bismillah dan doa. Pengimbas mula bergerak memproses data. Tidak lama kemudian muncul sesuatu di skrin telefon bimbitnya.
TAHNIAH! ANDA MEMENANGI PAKEJ UMRAH SYAWAL PAKAIAN HIJRAH RAYA
Ya Allah! Ana masih lagi terkedu! Impian dan doa Ana selama ini untuk ke al-Haramain iaitu dua kota suci Mekah dan Madinah akhirnya dimakbulkan Allah SWT. Kata ustazah, menjadi tetamu di sana ibarat menjadi tetamu Allah sendiri! Sungguh, perasaan Ana campur aduk. Tapi tunggu. Ibu? Patut ke Ana pergi tanpa ibu? Takkan nak tinggalkan ibu pula?
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli