Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
SIRI AJARKAN BUAH HATI MENCINTAI ISLAM
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Quran dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih utama. Dan Allah mengetahui apa yang kalian kerjakan." (Surah al-Ankabut: 45)
Setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya serta pesanan Rasulullah SAW supaya mendidik anak-anak dengan solat menjadi pedoman terbaik dalam membentuk generasi beriman. Buku ini mengupas panduan solat dan bersuci dengan lengkap serta mudah difahami dengan bantuan infografik dan ilustrasi menarik. Bimbing anak-anak memahami konsep, persoalan dan kemusykilan tentang ibadah solat agar anak-anak beramal dengan ilmu, bukan sekadar ikut-ikutan. Sesuai untuk sesi taalim keluarga, buku ini membantu menanam cinta terhadap solat dan semangat beribadah sejak kecil
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli



