Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
SIRI BACAAN UMUM - REFRESH!! HANGATKAN HUBUNGAN ANDA
Titisan embun di tengah nurani yang kering. Itulah sebuah pengharapan hidup daripada kehampaan dan hambarnya sebuah perasaan. Perasaan anak terhadap ibu bapa. Perasaan ibu bapa terhadap anak. Perasaan seorang suami terhadap isteri. Perasaan isteri terhadap suami. Perasaan ukhuwah sesama Muslim.
Kekeringan nurani membuatkan fenomena di atas sukar dielakkan daripada permasalahan kehidupan, yang berhujung pada penderhakaan seorang anak. Kekejaman ibu bapa terhadap anak. Kezaliman suami terhadap isteri. Penderhakaan isteri terhadap suami. Hilangnya rasa ukhuwah antara sesama, hingga hancurnya nilai-nilai kebersamaan dalam kehidupan.
Buku yang ada di hadapan anda ini adalah sebuah refleksi kehidupan, bagaikan titisan embun yang akan membasahi dan menyejukkan nurani kita yang hampir kering dari Oasis Kehidupan. Keindahan bahasa dalam buku ini akan menyadarkan kita dalam menggapai kebahagiaan hidup seorang anak. Kebahagiaan hidup ibu bapa. Kebahagiaan hidup suami-isteri. Kebahagiaan dalam ukhuwah sesama muslim.
Lebih jauh, buku ini akan mengawal anda dalam menghiasi lembaran-lembaran kehidupan yang penuh dengan keindahan dan kehangatan bersama orang terdekat.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli