Tiada Produk dalam Troli
Hubungi AMNIAGA: +03-4106 9119
9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Isnin-Jumaat)
SIRI NOVEL REMAJA ANA MUSLIM - TIADA DUKA YANG ABADI
“Ya Allah, aku tidak sekuat Nabi dan Rasul-Mu. Aku amat lemah. Ya Allah, Aku hamba-Mu yang kerdil. Aku tidak layak meminta daripada-Mu. Tetapi hanya pada Engkau sahaja tempat aku memohon pertolongan. Hanya kepada-Mu, Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
“Kau tak payah berpura-pura. Abang Borhan dah cerita semuanya pada ibu. Sekarang perkara ini dah terbongkar sebab itulah kau nak menikah cepat- cepat, kan?”
Mawar Azra seorang gadis berusia 17 tahun diibaratkan seperti sekuntum bunga yang sedang mekar di taman. Jika kumbang menghurung bunga, Mawar pula diburu abang iparnya. Pelbagai fitnah ditabur, sehingga maruah Mawar tercalar. Namun Mawar tetap teguh peribadi dalam mempertahankan maruahnya. Malang Mawar bertimpa, apabila ibu sendiri tempat mengadu nasib menyalahkan dirinya. Kata-kata Mawar tidak lagi dipercayai. Bertambah duka di hati, apabila kakaknya pula bagai mencurah minyak di api sehingga marah si ibu semakin membara. Hanya Azhar yang sering membela Mawar ketika dihujani pelbagai tuduhan.
Akhirnya, Mawar mengubah haluan sehingga bertemu insan istimewa yang mahu menyunting dirinya. Adakah Mawar menerima lamaran itu? Terungkaikah segala fitnah yang dilemparkan? Berakhirkah penderitaan Mawar? Dapatkan jawapannya dalam novel ini.
Sila daftar masuk untuk menambah senarai sukaan.
Seseorang telah membeli